Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Salah Ke Prempuan X Pandai Masak??

Salam Kawan2... Haa..apa yg korg fikir kan skang ni?? Korang klau nk cri calon isteri.. Nk yg msak sedap OR yg pndai plih kedai msakan sedap??? Haa jawb beb jgn x jawb.. Tp kan...yg laki plak, bleh x nk jd IMAM?? Haaa knaa jwb plak tu.. Mana pnting?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belaj...

13 Aurat Wanita

Salam kwn2... Artikel kali nie pun bab aurat lagi.. memg patut la aurat ni dijage dn di tatang elok2... Just tuk 'SharinG' with u'all... slamat mmbace ye... 1. Bulu kening  - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki memakai gelang berloceng  - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah . 3. Wangian  - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang bersero...

Bahaya Panadol...

Salam kwn2... Mesti ade d antara kite yg da smemangnya da tau pasal hal ini...tp ade yg xendah kan..sbb paadol ni mmg da mcm 'keperluan' kite pda wktu kite xsihat...tul x??? Tp artikel nie hnya tjuan tuk brkongsi dgn pmbaca supaya sama2 brjaga2 dgn apa yg kita ptut hindarkan..   Kisah Benar... Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu ber...

Sama2 Berkongsi..

Salam kwn.. just tuk share pengetahuan yg ptut kite berat kan.. Ilmu utk dikongsi bersama : ianya berkaitan dengan salam Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH  ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH  ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

Nasihat 'Tuk Lelaki Yg Sudah Bergelar 'Suami'

Salam Kawn2... Isu kali nie khas tuk yg da ber' pUnYEr ' versi ' leGaL ', kepada yg blum ' leGaL ' tu (wat2 faham sudah yerrr...)..jgn praktik lagik.. X SyoSYUaI ..huhuhu... Dulu lain sekarang lain.. Dulu bujang sekarang dah kawin.. terkenang bait-bait lirik lagu nasihat Tan Sri Dato' SM Salim la plak.. Merujuk kembali kisah pernikahan, perkahwinan zaman sekarang banyak pasangan semasa muda-muda lagi ada yang baru berkahwin dah berpisah, bercerai berai disebabkan oleh kasih sayang antara mereka yang tidak erat. Kenapa? Jika difikirkan banyak faktor yang menjurus ke arah keruntuhan rumahtangga antaranya kurangnya ilmu serta pengetahuan agama serta keikhlasan dalam menempuh alam perkahwinan itu sendiri. Begitu juga faktor dalam menjaga hubungan suami dan isteri agar keharmonian rumahtangga terpelihara tidak diambil kisah. Suami memainkan peranan yang penting sebagai pemimpin dalam memastikan perjalanan dan keperluan kehidupan itu dipenuhi sebaik...

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

Salam sumer... Artikel nie sgt sesuai bagi kite yg slalu gagal dlm ber'CiNtA' @ ggal dlam me'ngekal'kan CiNtA.. 1. Menipu Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan. 2. Harapan / Kebebasan Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat. 3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi...

Menutup Aurat @ Membalut Aurat

Contoh Kesalahan Menutup Aurat Contoh Yang Betul Assalamualaikum kawn2.. Maaf lah..bukan niat nak kate dr aku ni bek n org len x baik...tp just post ni tuk share dgn korang sume...yg baik, sebaiknya kite brkongsi..btul kan....sama2 la kite renungkan ye.... Definisi menutup dan membalut jauh perbezaannya. Sebagai contoh jika kita membeli satu tong hitam untuk dijadikan tong sampah maka ia akan dibekalkan dengan penutupnya atau sesetengah orang memanggilnya tudung. Jika kita menggunakan tong sampah tanpa tudungnya akan menyebabkan sampah itu akan diterbangkan angin dan sebaliknya kita membalut tong sampah, ia seakan-akan menunjukkan kita tidak cerdik. Mengapa perlu membalut tong sampah tersebut sedangkan telah dibekalkan penutup atau tudungnya? Di bawah ini ada ayat-ayat yang dipetik dari kitab suci al-Quran yang menjelaskan secara jelas dan terang. Adakah wanita disuruh menutup aurat atau membalut aurat mereka? Cuba anda perhatikan atau cari ayat yang manakah menerangkan ...

Tidak macho kalau guna duit wanita

Salam.. Haaa..yg nie msti ade yg sakit hati bile bace...(tp hanya kpada yg c pisaw2 ckoq...)tp kalaw couple@pasgn yg GnT(GivE & TakE)..konpem xkan kisah...tp just nk share je la kan... Memang lumrah untuk setiap pasangan keluar dating. Samada menonton wayang, keluar makan, shopping ataupun sekadar berjalan-jalan di tasik ataupun di mana sahaja. Kalau sudah keluar dating itu, memang tidak sah kalau duit di dalam poket tidak dikeluarkan. Tetapi, selalunya hanya lelaki sahaja yang bawa keluar duit mereka. Kononnya, tidak macho kalau guna duit wanita. Betul ke? Owh...saya amat menolak pandangan seperti ini. [-( Ini kerana dalam berpasangan, memang perlu ada sikap berkongsi dan tiada langsung sikap macho ataupun tidak. Ini termasuklah dari segi berkongsi pendapat, berkongsi perasaan, masalah dan sebagainya. Tetapi perkongsian kali ini dalam konteks, duit. Kenapa anda perlu berkongsi menggunakan duit teman wanita anda? Ok, mari saya berikan anda satu situasi. Setiap kali keluar d...

~~My Memory @ 20 MaC 2011~~

Salam... Sape nk tau... Brkenal da hmpir 7thun.... Brsama ntah mgkin 7thn jgak.... Tp yg PELIK nye....smbutan mY BeFDaY is juz FIRST of alL that... Maka tggal 20 MaC 2011...trsambut la my beFDaY with my SasY_GurLz @ JytrA.. brsaMA BlacK saVvY...huhuu thankz kpda supplayer BlacK SaVvY... dpt jugak clebret mY 23'rd BeFDaY with sOme oNe speciaL... tgk pic sbelah nih...mkn ntah ape name...tp kat piZza jgak laaa.... mkn sorang smpai 3 slicE...pehhhhHH..mmg penuh arrr peruutt... jln2 smpai ujan seyhhh.....

Petua Melayani Isteri..

 Salam.. Petua2 ni bgus jgak tuk pengetahuan..bace ye...amlkan yg mmou ye...tp mcm sume je mampu..huhu..   1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium…. 2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah… 3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya. 4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

11 Tips Menghindari Marah

MARAH ..   Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk? Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah... IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu: 1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita. 2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina. 3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusu...

April Fo0L..!!!

Aman: Man, emak kau panggil pulang. Saya nampak ada motor baru depan rumah kau lah. Sapa punya lah agaknya ya. Man: Eh ye ker, bapak aku ada janji dulu lah kalau saya pass exam dia akan beli aku motor. Tapi exam jauh lagi kan. Takpe saya pulang sekarang. Aman: (dalam hati) hehehe, Hari ni kan 1st April kau tak terfikirker) Petang itu... Man: Hei aman kau kurang ajor benor yer! Bukan motor kat depan rumah aku tu. Tapi beskal tua chetti tu. Kau memang nak kene ni. Tub! (penumbuk sampai kat muka Aman) Aman: Hei hei hei apa ni main touch ni. Awak ni bangal ker aper. Mana ble marah hari ni kan APRIL FOOL. Man: Oh yer ker. Sori arr. Nah kau tumbuk aku balik. Mereka berdua pun ketawa hahahaha... Cerita di atas bukanlah point yang ingin saya kongsikan. Saya cuma ingin mengambarkan kembali begitulah fenomena April Fool tiap kali 1st of April setiap tahun. Ada lagi trick yang lebih dahsyat. April Fool adalah hari di mana orang akan cuba mengenakan orang lain. Kadang kadang yang...

Kelebihan Seorang Wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari...

Dimana letaknya cinta kita?

DUSTA dalam berCINTA ialah orang yang mengaku CINTAkan ALLAH, tapi KELUH KESAH dengan UJIAN-NYA.. Mengaku cintakan Nabi MUHAMMAD s.a.w,  tapi ABAIKAN ULAMAK & FAKIR MISKIN.. Mengaku cintakan SYURGA, tapi TIDAK BERAMAL dengan ketaatan atas perintah-NYA.. Mengaku takutkan API NERAKA, tapi TIDAK TINGGALKAN LARANGAN-NYA.. Maka, dialah pENDUSTA yang berselindung di sebalik topeng~ ..sama-samalah kita muhasabah..

Kisah Sebenar Di Sebalik "Valentine Day"

' HARI KEKASIH?' Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan 'Ratu Isabella' dari sepanyol iaitu 'Saint Valentine'. Jasa beliau menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14Feb, 270 M. Begitu bermakna pada 'Ratu Isabella', sehingga beliau(Valentine) di anggap sebagai kekasih kepada rakyatnya sendiri. Jesteru itu, 14Feb disambut tiap2 tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dan menamakan hari tersebut sebagai 'Hari Valentine'.   P/S : Kadang2 kita melihat orang islam pulak menyambut hari ini.. ibarat meludah diri sendiri.. kalau ya pun agak2 la sambut hari ni.. kenapa tak sambut hari kekasih pada 27 rejab? Sebagai tanda sayang Allah kepada nabi muhammad SAW.. Hanya baginda shj antara nabi yang di angkat ke sidratul-muntaha, dekat singgah-sana Allah.. Baginda antara nabi dan rasul yang dapat melihat bentuk sebenar Malaikat Jibril, dan juga Allah S.W.T.. ...