Skip to main content

Menutup Aurat @ Membalut Aurat

Contoh Kesalahan Menutup Aurat

Contoh Yang Betul
Assalamualaikum kawn2..


Maaf lah..bukan niat nak kate dr aku ni bek n org len x baik...tp just post ni tuk share dgn korang sume...yg baik, sebaiknya kite brkongsi..btul kan....sama2 la kite renungkan ye....


Definisi menutup dan membalut jauh perbezaannya. Sebagai contoh jika kita membeli satu tong hitam untuk dijadikan tong sampah maka ia akan dibekalkan dengan penutupnya atau sesetengah orang memanggilnya tudung. Jika kita menggunakan tong sampah tanpa tudungnya akan menyebabkan sampah itu akan diterbangkan angin dan sebaliknya kita membalut tong sampah, ia seakan-akan menunjukkan kita tidak cerdik. Mengapa perlu membalut tong sampah tersebut sedangkan telah dibekalkan penutup atau tudungnya?

Di bawah ini ada ayat-ayat yang dipetik dari kitab suci al-Quran yang menjelaskan secara jelas dan terang. Adakah wanita disuruh menutup aurat atau membalut aurat mereka? Cuba anda perhatikan atau cari ayat yang manakah menerangkan wanita perlu membalut aurat mereka dan bukannya menutupinya.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Surah Al-A'raaf: 26.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. 
Surah An-Nur: 24.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya* ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 

* - Jilbab ialah sejenis baju kurung yang lapang yang dapat menutup kepala, muka dan dada.
Surah Al-Ahzab: 59.

Renungkanlah wanita-wanita yang bernama BINTI dan status agama dalam pengenalan bernama ISLAM. Ia bukan sekadar untuk suka-suka jika kita membalut aurat. Dalam al-Quran tidak pernah menyebut untuk membalut aurat sebaliknya menutup aurat. Maka kita ikutlah seperti yang terkandung dalam kitab suci al-Quran dan jangan diada-adakan benda yang tidak ada.

Petikan dari http://kijang59.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

~~My Memory @ 20 MaC 2011~~

Salam... Sape nk tau... Brkenal da hmpir 7thun.... Brsama ntah mgkin 7thn jgak.... Tp yg PELIK nye....smbutan mY BeFDaY is juz FIRST of alL that... Maka tggal 20 MaC 2011...trsambut la my beFDaY with my SasY_GurLz @ JytrA.. brsaMA BlacK saVvY...huhuu thankz kpda supplayer BlacK SaVvY... dpt jugak clebret mY 23'rd BeFDaY with sOme oNe speciaL... tgk pic sbelah nih...mkn ntah ape name...tp kat piZza jgak laaa.... mkn sorang smpai 3 slicE...pehhhhHH..mmg penuh arrr peruutt... jln2 smpai ujan seyhhh.....

Kisah Sebenar Di Sebalik "Valentine Day"

' HARI KEKASIH?' Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan 'Ratu Isabella' dari sepanyol iaitu 'Saint Valentine'. Jasa beliau menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14Feb, 270 M. Begitu bermakna pada 'Ratu Isabella', sehingga beliau(Valentine) di anggap sebagai kekasih kepada rakyatnya sendiri. Jesteru itu, 14Feb disambut tiap2 tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dan menamakan hari tersebut sebagai 'Hari Valentine'.   P/S : Kadang2 kita melihat orang islam pulak menyambut hari ini.. ibarat meludah diri sendiri.. kalau ya pun agak2 la sambut hari ni.. kenapa tak sambut hari kekasih pada 27 rejab? Sebagai tanda sayang Allah kepada nabi muhammad SAW.. Hanya baginda shj antara nabi yang di angkat ke sidratul-muntaha, dekat singgah-sana Allah.. Baginda antara nabi dan rasul yang dapat melihat bentuk sebenar Malaikat Jibril, dan juga Allah S.W.T.. ...

Sama2 Berkongsi..

Salam kwn.. just tuk share pengetahuan yg ptut kite berat kan.. Ilmu utk dikongsi bersama : ianya berkaitan dengan salam Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH  ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH  ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.