Skip to main content

Petua Melayani Isteri..

 Salam..

Petua2 ni bgus jgak tuk pengetahuan..bace ye...amlkan yg mmou ye...tp mcm sume je mampu..huhu..
 
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….

2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love youlebih mudah…

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan,dada atau bahu anda.Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat.

Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim. 
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


*p/s - huhuu...ni msuk grup org yg da kawen ye...sayer blum lg...tp saje wat post gak...bacer je pun xpa..nk praktik pun lg la bgussss.....

Comments

Popular posts from this blog

Dimana letaknya cinta kita?

DUSTA dalam berCINTA ialah orang yang mengaku CINTAkan ALLAH, tapi KELUH KESAH dengan UJIAN-NYA.. Mengaku cintakan Nabi MUHAMMAD s.a.w,  tapi ABAIKAN ULAMAK & FAKIR MISKIN.. Mengaku cintakan SYURGA, tapi TIDAK BERAMAL dengan ketaatan atas perintah-NYA.. Mengaku takutkan API NERAKA, tapi TIDAK TINGGALKAN LARANGAN-NYA.. Maka, dialah pENDUSTA yang berselindung di sebalik topeng~ ..sama-samalah kita muhasabah..

13 Aurat Wanita

Salam kwn2... Artikel kali nie pun bab aurat lagi.. memg patut la aurat ni dijage dn di tatang elok2... Just tuk 'SharinG' with u'all... slamat mmbace ye... 1. Bulu kening  - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki memakai gelang berloceng  - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah . 3. Wangian  - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang bersero...

11 Tips Menghindari Marah

MARAH ..   Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk? Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah... IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu: 1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita. 2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina. 3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusu...