Skip to main content

April Fo0L..!!!

Aman: Man, emak kau panggil pulang. Saya nampak ada motor baru depan rumah kau lah. Sapa punya lah agaknya ya.

Man: Eh ye ker, bapak aku ada janji dulu lah kalau saya pass exam dia akan beli aku motor. Tapi exam jauh lagi kan. Takpe saya pulang sekarang.

Aman: (dalam hati) hehehe, Hari ni kan 1st April kau tak terfikirker)

Petang itu...

Man: Hei aman kau kurang ajor benor yer! Bukan motor kat depan rumah aku tu. Tapi beskal tua chetti tu. Kau memang nak kene ni. Tub! (penumbuk sampai kat muka Aman)

Aman: Hei hei hei apa ni main touch ni. Awak ni bangal ker aper. Mana ble marah hari ni kan APRIL FOOL.

Man: Oh yer ker. Sori arr. Nah kau tumbuk aku balik.

Mereka berdua pun ketawa hahahaha...

Cerita di atas bukanlah point yang ingin saya kongsikan. Saya cuma ingin mengambarkan kembali begitulah fenomena April Fool tiap kali 1st of April setiap tahun. Ada lagi trick yang lebih dahsyat.

April Fool adalah hari di mana orang akan cuba mengenakan orang lain. Kadang kadang yang dikenakan supporting kadang-kadang jadi perbalahan. Ini tidak lain dan tidak bukan bermula di barat lah sejak berabad dulu. Ia bukanlah perayaan rasmi.

Sejarah April Fool tidak dapat dipastikan bila sebenarnya dan apa mulanya kerana terlalu banyak versi. Anda boleh google sendiri di internet atau wikipedia. Bagaimanapun apa yang berlaku pada April Fool dalam sejarah Islam sepatutnya membuka mata kita supaya menjadikan 1st April bukanlah hari gurau senda kerana info yang saya baru dapati seperti berikut. (korang yang rajin baca majalah tentu tau dari mana info ni)

Pada abab ke-8 Masehi Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir.

Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh wanita dan kanak-kanak juga.

Satu persatu wilayah Spanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan.

Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.

Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar.

Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan. Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah.

TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.

Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.

Comments

Popular posts from this blog

~~My Memory @ 20 MaC 2011~~

Salam... Sape nk tau... Brkenal da hmpir 7thun.... Brsama ntah mgkin 7thn jgak.... Tp yg PELIK nye....smbutan mY BeFDaY is juz FIRST of alL that... Maka tggal 20 MaC 2011...trsambut la my beFDaY with my SasY_GurLz @ JytrA.. brsaMA BlacK saVvY...huhuu thankz kpda supplayer BlacK SaVvY... dpt jugak clebret mY 23'rd BeFDaY with sOme oNe speciaL... tgk pic sbelah nih...mkn ntah ape name...tp kat piZza jgak laaa.... mkn sorang smpai 3 slicE...pehhhhHH..mmg penuh arrr peruutt... jln2 smpai ujan seyhhh.....

Sama2 Berkongsi..

Salam kwn.. just tuk share pengetahuan yg ptut kite berat kan.. Ilmu utk dikongsi bersama : ianya berkaitan dengan salam Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh" Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada  ZIZAH  ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat  ZIZAH  ye" Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

11 Tips Menghindari Marah

MARAH ..   Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk? Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah... IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu: 1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita. 2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina. 3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah. 4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusu...